Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, September 21, 2010

my little angel...

this is a pic of my little lovely angel during hari raya... susah nak amek gambar zara ni... so, aku letak pic yg ni dulu, nnt kalo ade yg laen aku post lagi ye :D

Thursday, September 9, 2010

Yuna - Raya Oh Yeah!



Berlalu sudah bulan puasa
Masa untuk bersuka ria
Oh yeah!
Raikan hari raya

Kawan-kawan semuanya happy
Kekasih pulang dari oversea
Oh yeah!
Samalah kita nanti

Mungkin dahulu terasa sepi
Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi
Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna aku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya ku jatuh cinta di hari raya
Oh!

Cinta di hari raya
Cinta di hari raya

Semangat kita nak bangun pagi
Pakai cantik-cantik hari ini
Oh yeah
Nak jumpa somebody
Rumahku dihiasi indah
Senyum hingga hujung telinga
Oh yeah!
Tunggu kekasih hati

Syawal kali ini ku tak sabar
Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah
Diri sudah berpunya

Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna aku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya ku jatuh cinta di hari raya
Ohh!

Cinta di hari raya

Lagu ini ditujukan khas kpd rakan2 yg akan berumahtangga pada Aidilfitri ni... Tahniah!

zila: mungkin ada kesilapan dlm lirik... belasah je la labu... :P

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan & Syawal...

salam semua,

syawal akan menjelma tak berapa jam je lagi, bermakna ramadhan akan ditinggalkan sehingga ia kembali lg tahun dpn, insyaAllah... kalau dah berjaya tempuhi dgn amal soleh, alhamdulillah. tp kalau rasanya masih kurang, kita cuba lagi thn hadapan. bagi aku, sejak dah menjadi ibu ni, mmg tak buat sunat tarawikh tu... walau apa pun alasan, aku tau sepatutnya kena la usaha jugak walau sehari. tp aku betul2 tak larat... xpela, sebagai isteri, kalau suami pergi berjemaah kat masjid, dia pon dpt gak pahala tu... so, aku harap same goes to me, hihihi... lg pon harap2 pahala tarawikh tu di cover dgn pahala menjaga anak & rumahtangga, serta memasak utk berbuka (kadang2) & sahur (hari2), hehehe... walaupun fadhilatnye tak sama, asalkan ikhlas, insyaAllah ada bahagian kita di bumi Tuhan ini...

ramadhan kali ni ada byk cerita menarik, terutama yg melibatkan negara kita, Malaysia... paling aku menyampah/ marah/ geram ialah tindakan segelintir rakyat Indonesia yg sesuka hati memijak & membakar Jalur Gemilang, selain drpd melempar najis & memanjat tembok kedutaan di sana. sangatla kurang ajar & mencabar maruah saya sbg rakyat Malaysia. tetapi, bezanya kita dgn mereka adalah apabila kita bersikap lebih bertamadun & bijak menggunakan akal fikiran serta tahu berdiplomasi. bergaduh tidak akan menyelesaikan masalah, apatah lagi perang sesama Islam...

bulan ni juga kita sambut Kemerdekaan yg ke 53 - 1Malaysia, menjana transformasi... walaupun acara diadakan di dlm stadium tertutup, tp kemeriahan & semangat patriotisme itu tetap ada. cuma, jgnlah hanya sekadar laungan semangat, tp perlu disertakan dgn kekuatan mental & fizikal serta menjadikan diri sebagai rakyat minda kelas pertama. negara tidak akan maju kalau rakyatnya masih berfikiran kolot & mengharapkan bantuan tanpa usaha.

namun begitu, tidak perlulah sehingga mencabar Perlembagaan Persekutuan yg sedia ada. tindakan pihak yg ingin mencabar perkara 153 hingga ke London adalah tidak wajar sama sekali. pada saya, sebagai org Melayu, biarlah ianya kekal. kpd yg berhajat tu, mungkin dia rasa tak perlu, kononnya biarlah kita semua sama. tp, adakah dia akan berada di tempatnya sekarang jika tidak krn perkara 153 itu? kalaulah dia mengatakan krn itu adalah atas usaha sendiri, krn kepandaian diri, berapa byk kah shj yg bernasib baik spt dia...? saya sendiri tidak pasti adakah saya juga berpeluang jika hak keistimewaan tersebut ditarik balik. dimanakah istimewanya Melayu itu kalau di tanah airnya sendiri dia tidak mendapat pengiktirafan & hak yg sewajarnya. tidak ada tanah air yg lain utk org Melayu & Islam selain Malaysia.

selain tu, pegawai & kakitangan Kerajaan juga telah diberikan 'duit raya' sebyk rm 500 (refer entry 26 Ogos 2010). cuba fikirkan, kalau tiada perkara 153, dapat ke kita 'duit raya' ni...? sapa yg byk keje gomen...? fikir & renungkan...

iklan raya pon satu hal... kena faham, aidilfitri adalah utk meraikan kemenangan umat Islam... bermaksud ianya adalah perayaan agama, maka perayaan bersifat keagamaan tidak boleh dicampur adukkan, bimbang akan tersalah aqidah... walaupun sesetengah berpendapat u'll see only what u wish/ want, tp pd aku, kalau dah terang2 beberapa elemen tu menyentuh ttg agama lain, pada aku itu sudah terlebih had. seb bek ditarik balik, kalau tak mau jd gaduh, huhuhu...

smlm, di area petaling, hulu langat & beberapa daerah lg ada gangguan air (termasuk rumah aku, ngeeee~) sbb ada pencemaran di loji sg semenyih... alhamdulillah, pg td dah ada balik, kalau tak tatau la camne nak masak utk raye...

ape lagi eh... hah, kelihangan jutawan produk kecantikan yg tatau ntah ke mana... ntah sbb dengki org lain, ataupun silap diri sendiri, kita tunggu je la sampai dia dijumpai...

lupa plak, satu lagi... raya kedua insyaAllah akan jatuh pada 11/9... maknanya sama tarikh dgn kejadian 9/11 kat new york tu... masyaAllah kuasa Tuhan yg ingin menunjukkan kebenaran maka dihadiahkan hari kemenangan ini pada tarikh tersebut kpd umat Islam... maka tidak puas hatilah segelintir masyarakat di sana, lalu mengugut utk membakar Quran pd hari tersebut... laknatullah... semoga Allah memberikan pembalasan yg setimpal kpd golongan tersebut, amiiinn...

dikesempatan ini, izinkan kami sekeluarga menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat terkasar bahasa, tersalah bicara, terlajak tingkah laku, semoga aidilfitri kali ini lebih baik dr yg sebelumnya. kpd kawan2 yg nak menikoh tu, tahniah ye... selamat menempuh alam rumahtangga yg penuh pancaroba, muehehehe... jgn ingat nak seronok je :P. seperti biasa, aku akan beraya di BBB dulu (umah FIL)... tak sabar nak tangok my beloved zara pakai baju kurung sambil jln terkedek-kedek, hehehe...

enjoy everyone!

zila: selamat hari raya!!!

Friday, September 3, 2010

Zara & Hospital Serdang... :)

smlm pg lagi ke HS, appointment zara dgn ENT & Paed...

a week after she was born, zara kena jaundis yg sgt serius... bacaan sehingga 396 kalau tak silap... kalau dlm masa satu mlm dr masa admit tu x turun gak, dia kena tukar darah... hati ibu yg sgt sensitif... walaupun aku ni nampak mcm keras ati, tp bila cakap psl anak camtu, berderai air mata... maklumla, br anak sulung... masa tu, charger plak xbwk, harap duit syiling yg ntah brape sen, dah pkl 11.30 mlm plak tu, tepon la menangis kat mak & bobo, lantas bobo dtg temankan sampai jam 3.30 pg... dgn lampu ultraviolet tu tiga bijik, masuk air, kena puasa lagi... cian, kecik2 kena puasa... melalak la dia sepanjang malam, bila penat berenti kejap, lps tu sambung balik (sedih plak bila teringat, huhuhu). alhamdulillah, bacaannya turun, xpayah la kena tukar darah... lps 3 hr dpt keluar...

next fridaynye, bila nurse dtg lg, dia kata ada balik kuningnye... hadoi... so, lesson learned... charger, breast pump, semua bwk, tanak mcm haitu, semua lupa... sama gak, kali ni, dua lampu atas, satu lampu bawah... tp kali ni, sbb dah dua kali, kena tebuk sket kat pundi kencing, takut ada infection kat situ. result? xde pon... xtah ngapa la zara ni berbalik2 kuningnye... lps 3 hr pon dpt la discharge...

tgk2, after a week, ada lagi!!! ni sah la, kena sumpah dok spital... dah la masa bsalin 19 hr dok spital (aku ada placenta previa, kena tahan wad)... tp kali ni tak setinggi yg 2 kali tu... so, zara bleh tido dgn ummi kat blk (tp dok dlm cod + bwh lampu la)... so, aku dah tak tahan. ni kena buat sesuatu ni... aku pon usaha, g klinik homeopati, alhamdulillah dah xde lagi...
total up? 9 hari zara keluar masuk hospital sbb jaundis ni, sepanjang pantang tu al jugak aku mcm tak pantang, berjln sana sini dlm wad NICU, keluar masuk rumah, singgah makan kedai, hehehe... oleh krn sebln pon masih ade sket2, dr. bg tau zara ni prolong jaundis... so, bermula la plak episod appointment pakar paed & ENT kat HS...

until now, alhamdulillah zara sihat & berkembang positif... yg paling melegakan aku smlm, result test pendengaran kata zara normal... fuh, lega... alhamdulillah... dah tak payah dtg lagi... cuma date dgn paed je yg lom selesai. next will be on 6th january 2011... mungkin juga sbb aku mantain bf ;)

takpe la nak, janji sihat & xde masalah, ummi akan rela hati cuti & membawa mu ke klinik (walaupun jemu menunggu giliran, hehehe). xpe, kafe HS sedap :P

zila: sangat risau bila anak tak sihat