Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan & Syawal...

salam semua,

syawal akan menjelma tak berapa jam je lagi, bermakna ramadhan akan ditinggalkan sehingga ia kembali lg tahun dpn, insyaAllah... kalau dah berjaya tempuhi dgn amal soleh, alhamdulillah. tp kalau rasanya masih kurang, kita cuba lagi thn hadapan. bagi aku, sejak dah menjadi ibu ni, mmg tak buat sunat tarawikh tu... walau apa pun alasan, aku tau sepatutnya kena la usaha jugak walau sehari. tp aku betul2 tak larat... xpela, sebagai isteri, kalau suami pergi berjemaah kat masjid, dia pon dpt gak pahala tu... so, aku harap same goes to me, hihihi... lg pon harap2 pahala tarawikh tu di cover dgn pahala menjaga anak & rumahtangga, serta memasak utk berbuka (kadang2) & sahur (hari2), hehehe... walaupun fadhilatnye tak sama, asalkan ikhlas, insyaAllah ada bahagian kita di bumi Tuhan ini...

ramadhan kali ni ada byk cerita menarik, terutama yg melibatkan negara kita, Malaysia... paling aku menyampah/ marah/ geram ialah tindakan segelintir rakyat Indonesia yg sesuka hati memijak & membakar Jalur Gemilang, selain drpd melempar najis & memanjat tembok kedutaan di sana. sangatla kurang ajar & mencabar maruah saya sbg rakyat Malaysia. tetapi, bezanya kita dgn mereka adalah apabila kita bersikap lebih bertamadun & bijak menggunakan akal fikiran serta tahu berdiplomasi. bergaduh tidak akan menyelesaikan masalah, apatah lagi perang sesama Islam...

bulan ni juga kita sambut Kemerdekaan yg ke 53 - 1Malaysia, menjana transformasi... walaupun acara diadakan di dlm stadium tertutup, tp kemeriahan & semangat patriotisme itu tetap ada. cuma, jgnlah hanya sekadar laungan semangat, tp perlu disertakan dgn kekuatan mental & fizikal serta menjadikan diri sebagai rakyat minda kelas pertama. negara tidak akan maju kalau rakyatnya masih berfikiran kolot & mengharapkan bantuan tanpa usaha.

namun begitu, tidak perlulah sehingga mencabar Perlembagaan Persekutuan yg sedia ada. tindakan pihak yg ingin mencabar perkara 153 hingga ke London adalah tidak wajar sama sekali. pada saya, sebagai org Melayu, biarlah ianya kekal. kpd yg berhajat tu, mungkin dia rasa tak perlu, kononnya biarlah kita semua sama. tp, adakah dia akan berada di tempatnya sekarang jika tidak krn perkara 153 itu? kalaulah dia mengatakan krn itu adalah atas usaha sendiri, krn kepandaian diri, berapa byk kah shj yg bernasib baik spt dia...? saya sendiri tidak pasti adakah saya juga berpeluang jika hak keistimewaan tersebut ditarik balik. dimanakah istimewanya Melayu itu kalau di tanah airnya sendiri dia tidak mendapat pengiktirafan & hak yg sewajarnya. tidak ada tanah air yg lain utk org Melayu & Islam selain Malaysia.

selain tu, pegawai & kakitangan Kerajaan juga telah diberikan 'duit raya' sebyk rm 500 (refer entry 26 Ogos 2010). cuba fikirkan, kalau tiada perkara 153, dapat ke kita 'duit raya' ni...? sapa yg byk keje gomen...? fikir & renungkan...

iklan raya pon satu hal... kena faham, aidilfitri adalah utk meraikan kemenangan umat Islam... bermaksud ianya adalah perayaan agama, maka perayaan bersifat keagamaan tidak boleh dicampur adukkan, bimbang akan tersalah aqidah... walaupun sesetengah berpendapat u'll see only what u wish/ want, tp pd aku, kalau dah terang2 beberapa elemen tu menyentuh ttg agama lain, pada aku itu sudah terlebih had. seb bek ditarik balik, kalau tak mau jd gaduh, huhuhu...

smlm, di area petaling, hulu langat & beberapa daerah lg ada gangguan air (termasuk rumah aku, ngeeee~) sbb ada pencemaran di loji sg semenyih... alhamdulillah, pg td dah ada balik, kalau tak tatau la camne nak masak utk raye...

ape lagi eh... hah, kelihangan jutawan produk kecantikan yg tatau ntah ke mana... ntah sbb dengki org lain, ataupun silap diri sendiri, kita tunggu je la sampai dia dijumpai...

lupa plak, satu lagi... raya kedua insyaAllah akan jatuh pada 11/9... maknanya sama tarikh dgn kejadian 9/11 kat new york tu... masyaAllah kuasa Tuhan yg ingin menunjukkan kebenaran maka dihadiahkan hari kemenangan ini pada tarikh tersebut kpd umat Islam... maka tidak puas hatilah segelintir masyarakat di sana, lalu mengugut utk membakar Quran pd hari tersebut... laknatullah... semoga Allah memberikan pembalasan yg setimpal kpd golongan tersebut, amiiinn...

dikesempatan ini, izinkan kami sekeluarga menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat terkasar bahasa, tersalah bicara, terlajak tingkah laku, semoga aidilfitri kali ini lebih baik dr yg sebelumnya. kpd kawan2 yg nak menikoh tu, tahniah ye... selamat menempuh alam rumahtangga yg penuh pancaroba, muehehehe... jgn ingat nak seronok je :P. seperti biasa, aku akan beraya di BBB dulu (umah FIL)... tak sabar nak tangok my beloved zara pakai baju kurung sambil jln terkedek-kedek, hehehe...

enjoy everyone!

zila: selamat hari raya!!!

No comments:

Post a Comment